Bengkel Auditor dan Workgroup Leader (WGL) APACC 2021

2 Feb 2021

Bengkel Auditor dan Workgroup Leader (WGL) APACC 2021

Bengkel Auditor dan Workgroup Leader (WGL) APACC 2021 berlangsung selama 3 hari bermula pada 3 hingga 5 Februari 2021. Bengkel ini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada semua ahli pasukan untuk mempelajari instrumen di dalam Manual APACC versi 2020. Selain daripada itu, bengkel ini merupakan platform awal kepada setiap Criterion untuk mengenali ahli pasukan dan fungsi tugas masing-masing.

Slot 1 adalah berkaitan dengan Pengenalan Manual APACC versi 2020 dan perancangan umum sehingga 2024. Di dalam slot ini juga, penjelasan berkaitan pemetaan diantara instrumen akreditasi APACC dengan KPI PKS dan Pelan Tindakan PKS juga diperjelaskan. Tujuannya adalah untuk membolehkan setiap WGL memantau perjalanan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti bagi tujuan mengumpul bahan-bahan bukti untuk akreditasi.

Slot 2 hingga Slot 8 merupakan slot untuk setiap kriteria memahami instrumen akreditasi APACC. Di dalam slot-slot ini setiap kumpulan Criterion berpeluang mendengar perkongsian ilmu daripada WGL / AWGL bagi Musim Pertama. Kandungan perkongsian ilmu adalah menumpukan kepada cara memahami kehendak instrumen dan strategi yang perlu dilaksanakan untuk mengumpul bahan-bahan bukti. Di dalam slot-slot ini juga setiap Criterion didedahkan dengan contoh-contoh soalan yang biasa ditanya oleh pasukan akreditor sebelum ini.

Slot 9 merupakan slot yang mengumpul semua WGL dan AWGL bagi menyelaraskan pengumpulan bahan-bahan bukti terutamanya bahan bukti guna sama. Slot 9 juga menyelaraskan tindakan-tindakan yang akan dilaksanakan selepas ini.

Slot 10 adalah slot khusus untuk Pasukan Audit Dalaman Akreditasi APACC. Ahli pasukan audit dalaman adalah dipilih dari kalangan ahli pasukan dari setiap Criterion bagi Musim Pertama. Di dalam slot ini, peranan dan tanggungjawab sebagai ahli pasukan audit dalaman diperjelaskan. Sesi ini juga turut dihadiri oleh Penyelaras Audit Dalam PKS.

Slot 11 merupakan slot yang mengumpul semua Setiausaha dari setiap Criterion. Peranan dan tanggungjawab semua Setiausaha diperjelaskan agar masing-masing jelas tentang tugas masing-masing.

 

Semoga bengkel ini berjaya membuka minda dan hati semua peserta untuk bergerak dengan lancar dan berkesan ke arah mengekalkan akreditasi APACC. Perkara yang lebih penting daripada akreditasi ini adalah untuk menjadikan PKS terus relevan dalam arus masa bagi melahirkan gunatenaga TVET yang berkualiti serta diterima pasaran gunatenaga di dalam dan luar negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Pengarah kerana telah hadir dalam Slot 1 dan menyampaikan nasihat dan kata-kata semangat untuk ahli pasukan Akreditasi APACC Musim ke-2.

Penghargaan dan terima kasih juga kepada pihak-pihak yang membantu dalam menjayakan bengkel ini khususnya kepada UIDM dan UPS. Semoga Kerjasama yang cemerlang ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

Sekian.